SEKAPUR SIREH

Di jari pena menari….


Salam ukhuwah dari laman nuraimi…

Untuk pengetahuan semua tujuan blog ini diwujudkan adalah sekadar berkongsi sedikit ilmu,pengalaman serta idea kepada sesiapa sahaja yang sudi menjengah blog ini.Mudah-mudahan perkongsian pendapat dan percambahan pemikiran kalian dapat jua dikongsikan disini.

Apa yang diharapkan adalah agar blog ini mampu memberikan manfaat kepada kalian biarpun sedikit.Perlu diingatkan disini,apa jua isi kandungan blog ini jika dilihat menyimpang dari 4 sumber syara’ yang telah disepakati maka wajiblah bagi kalian menghindarinya.Andainya ia bertepatan,jadikanlah ia pedoman.

Janganlah melihat kepada siapa yang berkata,tapi lihatlah pada apa yang diperkatakann ya.Semoga kita sentiasa dilindungi dari segala makhluk yang sesat lagi menyesatkan.Tiada apa yang terbaik melainkan menuruti perintah serta meninggalkan larangan Allah SWT tanpa perlu menambah atau menguranginya sedikitpun.

Wallahu a’lam….

APE YANG PENTING???























Masihkah anda ingat ketika di alam rahim…di dalam kandungan ibu, andaikata kita mampu berfikir, maka pastinya kita menganggap bahawa apa yang paling penting & paling berharga yg kita  miliki adalah tali ari-ari@plasenta... Sebabnya…dari situlah kita  dapat makanan.

Tangan…kaki…mata…mulut dan organ-organ lain macam x perlu ja rasa..sebabnya.....belum terasa manfaatnya…

Namun …setelah selamat ibu melahirkan kita….. tahu x apa yang mula-mula sekali terputus dari kita??...yang paling penting tu la!!...tali ari-ari@plasenta... itulah yg paling paling awal n  pertama kali dipotong oleh
dokter…@...bidan....Saat itu baru kita sedar…bahawa tangan…kaki…mata…mulut…telinga yg tadinya kita rasa x penting langsung…macam tak ada guna ja masa dalam rahim…, sekarang menjadi sangat-sangat berguna dan sangat-sangat kita perlukan…di alam dunia.
                             
Tapi mudah sangat lupa…masih lagi x ambil pengajaran dari apa yang dah berlaku…
Perkara yang sama berulang lagi…

Hari ni kita anggap yg paling penting n paling utama  saat ini apa ye??...mestila duit…rumah…kereta…jawatan…pangkat…kuasa…anak…suami@isteri…sebabnya… belum terasa lagi manfaat yang lainnya…

Padahal..nanti kita mati.... sama jugak…hal-hal yg kita anggap paling penting tu la…yang paaaaaaling first terputus dari kita.... Kita mati dah x bawa duit…anak…istri… pangkat dll…tapi apa yang paling penting saat itu adalah…  IMAN dan AMAL SOLEH yg selama ini kita abaikan …atau …kita x terasa lagi kepentingannya.... Waktu kita habis utk urus dunia saja…padahal dunia PASTI kita tinggalkan…. Akhirat PASTI kita hadapi.

So…Belajarlah semenjak bayi… spy kita tidak salah mentafsir dan tahu menilai kepentingan sesuatu perkara sebelum sampai waktunya…Waktu bayi x apalah kalau masih x pandai menilai….belajar la dari kesilapan…tapi bila dah nak mati pn masih x belajar lagi….sudah terlambat laaa.


Wallahualam...
           

DIARI SAKANSER.....

DIARI SAKANSER….
Masih segar di ingatanku saat pertama kali aku turun dari katil dimana tiada lagi rasa sakit dan perit….tiada lagi rasa kebas dan denyut…dan tiada lagi pedih luka dan darah…..aku terjelepok menyembah bumi….menghulur tangan meminta simpati tatkala semua yang ada di sekelilingku masing-masing mengalih pandangan menahan sebak….
Tiada apa yang mampu ku ucap selain….YA ALLAHHHH…DUGAAN APA LAGI YANG KAU BERIKAN PADAKU…….
Aku redho…mungkin ini ujian yang selayaknya buat aku…aku harus terimadengan ikhlas…kerana Allah SWT Maha Mengetahui…Alhamdulillah… masih melimpah ruah lagi nikmat yang KAU berikan padaku yang perlu aku syukuri seadanya…
Sejak itu…saban hari aku bermonolog sendirian di atas kerusi roda pemberian seorang hamba Allah yang sangat bermurah hati(terima kasih yang x terhingga kepada haji rosli & isteri(kak mariaton)….apakah maknanya semua ini??adakah ini angkara SYAITAN laknatullah??....@ memang aku sudah ditakdirkan sebagai seorang pengidap KANSER??....
……..nauzubillahiminzalik….
Namun…apalah dayaku sebagai seorang hamba disisiNYA…untuk mengubah percaturan ini…yang tinggal hanya DOA,USAHA & TAWAKAL semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang sangat mencabar ini.
Ingin sekali aku berkongsi dengan semua sekadar apa yang aku tahu sepanjang setahun berada di dalam dilema ‘sakanser’….


KATA PENGAMAL PERUBATAN ISLAM……
“Punca sebenar kanser ialah apabila jin atau saka keturunan yang telah bertapak terlalu lama pada anggota badan seseorang individu.Ini akan menyebabkan saluran darah tidak lancar dan tersekat yang membawa kepada pertumbuhan yang dikenali sebagai kanser.Akibatnya sel-sel disekitar anggota badan kamu rosak dan jika lambat dirawat boleh membawa MAUT”….nauzubillahiminzalik…tapi…kimoterapi bukan penyelesaiannya….kamu fikirla baik-baik…saya x menghalang…


KATA DOKTOR PAKAR PULAK….
Hasil diagnosis kami dapati kamu menghidap Limfoma Non-Hodgkin’s, sebahagian besar limfosit ganjil dah terhasil…. Limfosit abnormal ini akan menggantikan beberapa daripada limfosit normal kamu…. Dan akan mengganggu sistem ketahanan badan kamu….sebab itu sekarang kamu berasa lemah…sistem ketahanan badan kamu sangat sangat rendah. Nodus limfa yang membesar itu lah yang membentuk bonjol yang tidak menyakitkan…tapi kamu sakit kan??...tak apalah…tapi penyakit kamu ni memang x boleh operation …so kita cuba alternative lain dulu…kimoterapi…saya dah order untuk enam cycle…kalau tekanan darah kamu ok…kita stat lah minggu depan…23.11.2009….ok?...good luck
Aku benar-benar berada di dalam dilema….ke manakah arah tujuku…Ya Allah..berikanlah aku petunjuk dan hidayahMu….sekiranya kimoterapi itu adalah yang terbaik untukku…aku redho Ya Allah….tapi…permudahkanlah…
Tanggal 23.11.2009…bermulalah episode baru dalam hidupku….hari-hari yang penuh duka….terlalu perit untuk dikenang kembali…Doaku hanya 1…”biarlah aku pergi dahulu daripada menjadi beban kepada mereka”..Namun berkat doa yang tulus disamping kesabaran serta kesetiaan suami tercinta….mak,abah,ayah,kakak,abang,adik serta sahabat-sahabat tersayang,aku melewati hari-hari ‘kimo’ku dengan tenang sehinggalah ke titisan terakhirnya… pada jam 5.00pm 05.03.2010…Alhamdulillah Ya Allahhhhhhhh…
Alhamdulillah….bersyukurku ke hadrat Ilahi kerana hari ini aku masih diberi peluang merasai nikmat sepasang kaki…anugerah yang tidak terhingga yang mana nikmat ini pernah ditarik dariku selama 8 bulan…Aku bebas dari kesengsaraan itu…kembali menjalani kehidupan sebagai insan biasa…Jutaan terima kasih yang x terhingga buat semua yang telah membantu baik dari segi tenaga,material,masa dan sebagainya…budi kalian hanya Allah SWT yang mampu membalasnya….
Saat ini terasa akulah wanita paling bahagia….benarlah kata pepatah…berpantang maut sebelum ajal..tapi…adakah ini akan berterusan selamanya??....tanda-tanda itu sudah kembali…makin jelas….makin terasa…..semoga kalian sudi mendoakan saya selamat ke akhirnya….kerana…..
SEJARAH MUNGKIN BERULANG…

JOM KONGSI PETUA....

PETUA UTK AYAHANDA DAN BONDA2 SEDUNIA:
Sama samalah Kita beramal..dan mencuba

Insyallah..dengan izin A...llah…

Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian Sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ini ada satu petua dari ibu saya

1.Setiap malam apabila anak tidur hendaklah Kita wiridkan Ya Latif ke Ubun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.Membaca surah Al Fatihah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali

3.Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru Kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu Kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian Dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada Kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat Lihat sendiri.

Selamat mencuba..... .

bestkan jadi seorang ibu.... ^_^

REMOTE & DUNIA THE MOVIE

REMOTE & DUNIA THE MOVIE…


“Abang ni kan…takda keja lain ke ha??...asal balik rumah ja dah x boleh bergerak..macam tunggul kayu ja nampak…tadi kat ofis bukan main lagi …terkejar sana..terkejar sini…berlari macam tak cukup tanah…depan bos la katakaaaaan…mana boleh menampakkan keberatan tulang abang tu kan…
Tup-tup sampai rumah…itu ja lah abang boleh buat…game bola…game bola…game bola…!!!

Abang tak nampak ke saya ni banyak lagi kerja nak buat…tolongla tengokkan anak ni…merengek tak habis-habis…nak makan ke nak tido ke nak apa ke… tolongla tengokkan bang….kita sama-sama baru balik..sama-sama kerja…sama penat…kat rumah pun tolong-tolongla sama bangggg…cepatla…ganggu saya nak masak ni…tak pun abang ja yang masak…biar saya tengokkan dia…alamatnya makan lauk “tunjuk” la ..”

“Hiiiiisyyyyhhh…..bisingla!!!nak relaks sikit pun tak boleh!!...”

PRANGGGGG!!!!...berkecai remote control dicampak ke dinding……

Haa…itu remote televisyen….kita yang pegang…kita boleh buat apa saja kita nak…nak tukar channel ke…adjust volume ke…tukar setting ke…@ NAK DIJADIKAN ALAT UNTUK LEPASKAN GERAM ke…what ever..we can do it…ataupun dalam bahasa yang lebih mudah….hanya di hujung jari…

Hidup ini penuh dengan perumpamaan….

Begitulah diibaratkan kehidupan kita di dunia ciptaan Allah SWT yang Maha Agung …di mana Allah SWT adalah pemegang remote pentas dunia ciptaanNYA…Allah SWT Maha berkuasa lagi Maha Mengetahui dalam segala hal khususnya sebagai ‘pengarah’ kepada movieNYA…

Kita semua adalah para pelakon yang memegang watak sebagai khalifah dalam drama siri yang tiada penghujungnya dimana the last episode(maut) adalah berbeza bagi setiap individu…

Terpulanglah kepada kita bagaimana nak persiapkan diri mental dan fizikal untuk menjadi pelakon yang terbaik,menjadi kebanggaan Pengarah serta diterima masyarakat….di sinilah pentingnya HABLUN MIN ALLAH WA HABLUN MIN AN-NAS…

Skripnya sama…senaskhah Al-Quranul Karim berserta demo dari sunnah Rasulullah…wataknya sama…bahasanya sama…lokasi juga sama…so…bila semuanya sama..timbullah pula persoalan…

Bagaimana pula nak menjadi pelakon yang popular,berkaliber dan bintang pujaan ramai??

Seperti Seniman Agung kita Tan Sri P.Ramlee….Seniwatinya Saloma…walaupun telah sekian lama pergi menghadapNYA…namun skil-skil,tips-tips,soal bicara serta dialog-dialog mereka masih menjadi kenang-kenangan serta ikut –ikutan para artis hari ini…

Jawapannya…mudah ja..Sebagai Pengarah yang Maha Bijaksana lagi Maha Adil dalam mengarah filemNYA…Allah SWT tidak sesekali membiarkan para pelakonNYA terkontang kanting mencari watak yang sesuai..DIA terlebih dahulu mengutuskan kita Rasulullah SAW sebagai seniman teragung untuk kita jadikan rujukan.panduan serta teladan dalam menjayakan filem yang dibintangi dengan jayanya untuk meraih ANUGERAH BINTANG POPULAR FIL AKHIRAH….inshaAllah…

Namun….dalam usaha membintangi filem hebat ini…perlu diingat tidak semua scene-scene yang kita berminat untuk ceburi ja ada….tidak logic dan tidak menarik rasanya dalam satu drama hanya ada satu babak….babak menarik ja…dari awal sampaila penghujungnya babak yang senada ja…mestilah tak best kan…

Macam tu lah juga plot cerita dalam dunia the movie….ada scene sedih..scene happy..scene seram..scene marah…scene takut dan sebagainya…lumrah dunia…inilah rencah sebenar yang menjadikan filem Allah SWT sebagai TOP ONES dalam ANUGERAH SKRIN…abadan abada…

TETAPI…..walaubagaimanapun..apa yang paling penting adalah kita sentiasa menyedari siapalah kita…sebaik manapun lakonan kita…di tahap manakah kita disisiNYA…oleh kerana kita adalah pelakon yang terbaik yang sentiasa melakonkan watak arahanNYA berdasarkan demo dan tunjuk ajar dari utusannya…adakah kita akan dipilih melakonkan watak kesukaan kita sahaja??ataupun jadi hero??.. atau jadi heroin??..atau extra ja??...TIDAAAAK….

Ibarat menonton TV…remote di tangan kita….dah penat bekerja sambil relaks-relaks klik la TV2…tengok cerita LAKSAMANA DOREMI….habis cerita tu …sambung pulak cerita NATASYA di tv3….rasa bosan lagi klik pulak cerita seram…PUAKA NIYANG RAPIK…malam jumaat pulak bersantai bersama family ikuti rancangan FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM…itupun kalau remote di tangan kita lah….

TAPI….remote kita di tangan Allah SWT…

Kita perlu redha dan akur dengan apa sahaja watak yang diberi..berbekalkan semangat,keazaman,ketabahan dan kesabaran disamping usaha yang gigih dan berterusan serta istiqamah dalam melahirkan watak yang terbilang serta menjadi contoh kepada pelakon lain…

Sebenarnya semakin banyak kita pelajari dari watak-watak pilihan sebelum kita,semakin baiklah lakonan kita,lalu semakin menonjol lah kita dikalangan pelakon lain,maka semakin banyaklah watak yang perlu kita lakonkan kerana disitulah kemampuan kita akan diuji…setakat manakah kebolehan kita dalam menjayakan watak yang diberi….tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mendapatkan keredhaan serta pengiktirafan dari Pengarah sekaligus menaikkan darjat kita menjadi the most popular actor…kerana Pengarah kita Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita…apa sahaja watak yang diberi adalah yang selayaknya untuk kita…

InshaAllah…disitulah letaknya kemanisan serta kepuasan sebagai BINTANG PUJAAN RAMAI…..



WALLAHU A’LAM…….

HASIL NUKILAN

AINIE…..

CAWAN

....CAWAN.....


Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan….

Sepasang datuk dan nenek pergi berbelanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertumpu kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cawan ukir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cawan yang dimaksudkan berbicara,…

"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna…. Namun suatu hari ada seorang penngukir dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening….

Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang kali. Stop!!! Stop !!!... teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api.

Panas!!! Panas !!!... Teriakku dengan kuat. Stop !!! Cukup !!!! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !'… Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir… selesailah penderitaanku. Oh !!!...ternyata belum!. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan.

Stop!! !... Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' …Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya !.. Toloooong ! …Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku.

Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku di dalam cermin kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya… kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

.....Pengajaran.....

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik' di sisi Allah SWT.

Jangan lupa bahawa segala cubaan,rintangan dan halangan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila kita sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).


WAllahu a'lam




SYAITAN MERAH KESAYANGANKU???

Betapa bangganya aku menyarung jersi baruku
Manchester United dengan logo besar terpampang di dada....
Red Devil...
origynal lagi!
Siap sedia nak ke masjid..dah dekat waktu berbuka ni...
Alang-alang lalu di belakang rumah kawan,
jemputlah dia sekali
...bonceng kat belakang...
waaah dia pun berjersi baru...Carlsberg pulaaak...satu geng la....
so...sama-samala berbuka puasa dan bertarawih di masjid....
Sedap bunyi sebutannya dalam bahasa inggeris......cuba ringkaskan cerita ni,kemudian melayu-kan...

Red Devil bawa Carlsberg berbuka puasa dan bertarawih di Masjid
=
Syaitan Merah bawa Arak berbuka puasa di Masjid...
???????
 Sebagai seorang Muslim,sebarang gambarajah atau logo yang benar-benar merupakan sebuah lambang salib,maka ianya tidak boleh dipakai sama sekali...

Agama Islam melarang penganutnya mengiklankan @ mempamerkan sebarang perkara yang bertentangan dengan ajarannya...

 Apalah gunanya pakai pakaian yang berlogokan Negara orang lain,baik pakai baju lambang kebangsaan Negara kita…ada juga faedahnya..sekurang-kurangnya dapat menyemai semangat patriotik dalam diri.
 Dalilnya mudah ja.....

Al-Quran

ٱلإِثْمِ وَٱلْعُدْوَانِ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى

Ertinya : dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya

( Al-Maidah : 2)

Hadis

ومن دعا إلى ضلالة كان عليه من الإثم

مثل آثام من اتبعه إلى يوم القيامة ، لا ينقص ذلك من آثامهم شيئا

Ertinya : Barangsiapa yang menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya sehinggalaha hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit

( Riwayat Muslim & Ibn Majah )

Menurut Imam Ibn Kathir pula ,Hadis ni merupakan tafsiran daripada ayat Al-Quran di atas yang menjelaskan lagi larangan memberi apa jua bantuan,sokongan dan galakan sama ada yang tersirat mahupun tersurat kepada hal ehwal yang bertentangan dengan aqidah dan hukum Islam...


RED DEVIL, CARLSBERG & CHEVROLET

Sebenarnya....takda masalah bagi kita umat Islam untuk memiliki,memakai atau menggunakan sesuatu yang hanya dirasakan sebagai salib,tetapi ia benar-benar bukan lambang salib...

Contohnya..............

Seseorang individu mungkin menganggap lambang “+” pada kereta Chevrolet sebagai lambang salib,namun berbeza dengan individu yang lain mungkin memandangnya tak lebih dari sekadar jenama pada kenderaan mereka,sekalipun ia beragama kristian....TETAPI,andaikata di dalam hati dan fikiran seseorang itu sentiasa merasakan ianya memang suatu lambang salib,maka eloklah dijauhi......kerana menghindari yang shubhah itu adalah lebih baik........Walaubagaimanapun...dalam konteks hari ini,logo kereta tersebut bukanlah lambang salib..

RED DEVIL pula macam mana ???

Walaupun hakikat sebenarnya kita tak tahu bentuk Syaitan yang sebenarnya, namun apabila manusia telah membuat imaginasi tersendiri berkenaan bentuk Syaitan, menamakannya sebagai Devil dan diterima umum sebagai satu lambang Devil. Maka dengan itu, lambang Red Devil yang berada di logo Manchester United juga termasuk dalam antara logo-logo yang TIDAK BOLEH, diiklankan dan disyiarkan (ditayang dan dibanggai) oleh seorang Muslim sama ada digunakan pada pakainnya mahupun ditampal pada dinding

Justeru, apa-apa logo jika telah diterima umum sebagai satu lambang syaitan, kemungkaran, kejahatan, heavy metal dihiasi amalan dan perbuatan kesyaitanan seperti (Black Metal). Logo itu telah menjadi HARAM untuk digunapakai.

Berbalik kepada Red Devil, jika ia benar-benar membawa imej umum sesuatu yang bersifat kesyaitanan, atau apa-apa aktiviti kesyaitanan dan dosa maka ia sudah termasuk dalam kategori Black Metal dan sememangnya tak terlepas dari hukum HARAM.

H.A.R.A.M

Memakai jersi pasukan Liverpool yang dengan jelas memaparkan logo arak Carlsberg adalah muktamad hukumnya adalah HARAM menurut hukum Islam berdasarkan dalil-dalil dan hujah sebelum ini.


H.A.R.A.M

Pengharaman juga adalah MUKTAMAD bagi mana-mana pakaian dan barangan yang mempromosi iklan bank-bank konvensional yang menawarkan produk Riba. Umat Islam dilarang sama sekali secara sepakat ulama, mempromosikan mana-mana bank konvensional kerana dosanya sama seperti berperang dengan Allah dan RasulNya serta berzina 36 kali.

Ada ulama yang kata...HARUS...

Sekiranya Red Devil tidak berkait dengan imej kesyaitanan dan aktiviti dosa besar seperti Black Metal,ianya masih boleh digunakan kerana ia lebih membawa imej umum kepada hal bola sepak dan sukan.Begitu juga dengan pendirian seseorang individu yang bertegas dengan pendapatnya bahawa ianya bukanlah sebuah lambang syaitan,dan kekal menganggap ianya tidak lebih dari sekadar sebuah lambang kumpulan bola sepak terkenal dunia,maka ia BOLEH digunakan dan DIHARUSKAN baginya untuk memakainya...


Bila pulak jadi ...MAKRUH..???

Walaupun begitu, jika ia boleh menimbulkan fitnah di kalangan orang lan yang melihat, sehingga pemakai dianggap selaku menyokong sesuatu yang diharamkan, hukum HARUS berubah kepada MAKRUH.

So….sebagai Kesimpulannya.........

Oleh yang demikian, dalam hal Red Devil, hukum boleh jadi berbeza-beza kerana kepercayaan, keyakinan si pemakai dan orang yang melihat. Yang terbaik, sudah tentulah menjauhinya akibat rasa syubhah yang wujud.

Yang pasti, individu yang soleh dan mengabdikan diri kepada Allah tidak akan sama sekali memerlukan logo ini di dalam kehidupannya. Jika berminat sekalipun, cukuplah sekadar menyokong pasukan tersebut dalam pertandingannya tanpa perlu melibatkan diri dan menghabiskan duit dengan membeli jersi-jersi dan barang berlogo sebegitu.

Cukuplah berhabis duit membeli tiket mahal-mahal semata-mata nak menonton secara live…tak kurang juga yang berjaga sepanjang malam sambil melepak di kedai mamak…sempat juga order dua tiga gelas the ais dengan nasi goreng kampong…

Hujah dan tulisan ini bukan semata-mata TERHAD kepada kumpulan dan logo yang disebutkan saja, namun meliputi logo-logo dan jersi-jersi mana-mana pasukan dan kumpulan lain di dunia.

.......LAGI DALIL HADIS ..........

Selain dalil Al-Quran di atas, sebahagian dalil lain kepada pengharaman mengguna termasuk memakai sesuatu yang diharamkan untuk Muslim adalah hadis :

نهانا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نشرب في آنية الذهب والفضة وأن نأكل فيها، وعن لبس الحرير والديباج وأن نجلس عليه، وقال: هو لهم (أي للكفار) في الدنيا ولنا في الآخرة


Ertinya : Rasulullah Sallahualahiwassalam telah melarang kami makan dan minum dari bekas yang diperbuat dari emas dan perak, dan memakai (kaum lelaki) pakaian dari sutera dan juga menggunakannya untuk alas duduk, baginda juga berkata : itu semuanya untuk orang kafir di dunia, dan kita hanya dibenarkan di Syurga kelak.
( Riwayat Al-Bukhari)


Berasaskan dari hadis terbabit, lalu para ulama membuat kesimpulan sebuah kaedah iaitu :-

وما حرم استعماله حرم اتخاذه تحفة وزينة

Ertinya : dan apa-apa yang diharamkan penggunaanya, diharamkan juga mengambilnya sebagai baranngan yang disayangi ( barang dianggap berharga = masterpiece) dan perhiasan. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusuf Al-Qaradawi)

Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa,sama ada kita mengagung -agungkan atau tidak bukanlah permasalahannya,namun hakikatnya dengan memakai,menyimpan atau menjadikan ianya perhiasan dan ditontonkan kepada orang ramai secara tidak langsung menjurus kea rah pengagungan...

…KESIMPULAN…


Hukumnya memakai baju kumpulan bola berlambang salib secara jelas dan berlogo apa-apa jenama yang diharamkan oleh Islam seperti Carlsberg itu adalah berdosa dan diharamkan untuk orang Islam memakainya dan dijadikan perhiasan dan masterpiece yang dibanggai.

Manakala hukum memakai pakaian yang berlambang Red Devil adalah di antara Harus dan Makruh sebagaimana yang disebutkan situasi berbezanya di atas. Namun, sekiranya ia benar-benar dianggap sebagai logo dan tanda Devil dan tanda negatif dan kejahatan bagi masyarakat awam di sesuatu tempat, ia boleh berubah menjadi haram.

Manakala menggunakan kereta berlogo Chevrolet adalah harus