SEKAPUR SIREH

Di jari pena menari….


Salam ukhuwah dari laman nuraimi…

Untuk pengetahuan semua tujuan blog ini diwujudkan adalah sekadar berkongsi sedikit ilmu,pengalaman serta idea kepada sesiapa sahaja yang sudi menjengah blog ini.Mudah-mudahan perkongsian pendapat dan percambahan pemikiran kalian dapat jua dikongsikan disini.

Apa yang diharapkan adalah agar blog ini mampu memberikan manfaat kepada kalian biarpun sedikit.Perlu diingatkan disini,apa jua isi kandungan blog ini jika dilihat menyimpang dari 4 sumber syara’ yang telah disepakati maka wajiblah bagi kalian menghindarinya.Andainya ia bertepatan,jadikanlah ia pedoman.

Janganlah melihat kepada siapa yang berkata,tapi lihatlah pada apa yang diperkatakann ya.Semoga kita sentiasa dilindungi dari segala makhluk yang sesat lagi menyesatkan.Tiada apa yang terbaik melainkan menuruti perintah serta meninggalkan larangan Allah SWT tanpa perlu menambah atau menguranginya sedikitpun.

Wallahu a’lam….

JOM KONGSI PETUA....

PETUA UTK AYAHANDA DAN BONDA2 SEDUNIA:
Sama samalah Kita beramal..dan mencuba

Insyallah..dengan izin A...llah…

Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian Sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ini ada satu petua dari ibu saya

1.Setiap malam apabila anak tidur hendaklah Kita wiridkan Ya Latif ke Ubun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.Membaca surah Al Fatihah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali

3.Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru Kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu Kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian Dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada Kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat Lihat sendiri.

Selamat mencuba..... .

bestkan jadi seorang ibu.... ^_^

0 ulasan:

Catat Ulasan