SEKAPUR SIREH

Di jari pena menari….


Salam ukhuwah dari laman nuraimi…

Untuk pengetahuan semua tujuan blog ini diwujudkan adalah sekadar berkongsi sedikit ilmu,pengalaman serta idea kepada sesiapa sahaja yang sudi menjengah blog ini.Mudah-mudahan perkongsian pendapat dan percambahan pemikiran kalian dapat jua dikongsikan disini.

Apa yang diharapkan adalah agar blog ini mampu memberikan manfaat kepada kalian biarpun sedikit.Perlu diingatkan disini,apa jua isi kandungan blog ini jika dilihat menyimpang dari 4 sumber syara’ yang telah disepakati maka wajiblah bagi kalian menghindarinya.Andainya ia bertepatan,jadikanlah ia pedoman.

Janganlah melihat kepada siapa yang berkata,tapi lihatlah pada apa yang diperkatakann ya.Semoga kita sentiasa dilindungi dari segala makhluk yang sesat lagi menyesatkan.Tiada apa yang terbaik melainkan menuruti perintah serta meninggalkan larangan Allah SWT tanpa perlu menambah atau menguranginya sedikitpun.

Wallahu a’lam….

REMOTE & DUNIA THE MOVIE

REMOTE & DUNIA THE MOVIE…


“Abang ni kan…takda keja lain ke ha??...asal balik rumah ja dah x boleh bergerak..macam tunggul kayu ja nampak…tadi kat ofis bukan main lagi …terkejar sana..terkejar sini…berlari macam tak cukup tanah…depan bos la katakaaaaan…mana boleh menampakkan keberatan tulang abang tu kan…
Tup-tup sampai rumah…itu ja lah abang boleh buat…game bola…game bola…game bola…!!!

Abang tak nampak ke saya ni banyak lagi kerja nak buat…tolongla tengokkan anak ni…merengek tak habis-habis…nak makan ke nak tido ke nak apa ke… tolongla tengokkan bang….kita sama-sama baru balik..sama-sama kerja…sama penat…kat rumah pun tolong-tolongla sama bangggg…cepatla…ganggu saya nak masak ni…tak pun abang ja yang masak…biar saya tengokkan dia…alamatnya makan lauk “tunjuk” la ..”

“Hiiiiisyyyyhhh…..bisingla!!!nak relaks sikit pun tak boleh!!...”

PRANGGGGG!!!!...berkecai remote control dicampak ke dinding……

Haa…itu remote televisyen….kita yang pegang…kita boleh buat apa saja kita nak…nak tukar channel ke…adjust volume ke…tukar setting ke…@ NAK DIJADIKAN ALAT UNTUK LEPASKAN GERAM ke…what ever..we can do it…ataupun dalam bahasa yang lebih mudah….hanya di hujung jari…

Hidup ini penuh dengan perumpamaan….

Begitulah diibaratkan kehidupan kita di dunia ciptaan Allah SWT yang Maha Agung …di mana Allah SWT adalah pemegang remote pentas dunia ciptaanNYA…Allah SWT Maha berkuasa lagi Maha Mengetahui dalam segala hal khususnya sebagai ‘pengarah’ kepada movieNYA…

Kita semua adalah para pelakon yang memegang watak sebagai khalifah dalam drama siri yang tiada penghujungnya dimana the last episode(maut) adalah berbeza bagi setiap individu…

Terpulanglah kepada kita bagaimana nak persiapkan diri mental dan fizikal untuk menjadi pelakon yang terbaik,menjadi kebanggaan Pengarah serta diterima masyarakat….di sinilah pentingnya HABLUN MIN ALLAH WA HABLUN MIN AN-NAS…

Skripnya sama…senaskhah Al-Quranul Karim berserta demo dari sunnah Rasulullah…wataknya sama…bahasanya sama…lokasi juga sama…so…bila semuanya sama..timbullah pula persoalan…

Bagaimana pula nak menjadi pelakon yang popular,berkaliber dan bintang pujaan ramai??

Seperti Seniman Agung kita Tan Sri P.Ramlee….Seniwatinya Saloma…walaupun telah sekian lama pergi menghadapNYA…namun skil-skil,tips-tips,soal bicara serta dialog-dialog mereka masih menjadi kenang-kenangan serta ikut –ikutan para artis hari ini…

Jawapannya…mudah ja..Sebagai Pengarah yang Maha Bijaksana lagi Maha Adil dalam mengarah filemNYA…Allah SWT tidak sesekali membiarkan para pelakonNYA terkontang kanting mencari watak yang sesuai..DIA terlebih dahulu mengutuskan kita Rasulullah SAW sebagai seniman teragung untuk kita jadikan rujukan.panduan serta teladan dalam menjayakan filem yang dibintangi dengan jayanya untuk meraih ANUGERAH BINTANG POPULAR FIL AKHIRAH….inshaAllah…

Namun….dalam usaha membintangi filem hebat ini…perlu diingat tidak semua scene-scene yang kita berminat untuk ceburi ja ada….tidak logic dan tidak menarik rasanya dalam satu drama hanya ada satu babak….babak menarik ja…dari awal sampaila penghujungnya babak yang senada ja…mestilah tak best kan…

Macam tu lah juga plot cerita dalam dunia the movie….ada scene sedih..scene happy..scene seram..scene marah…scene takut dan sebagainya…lumrah dunia…inilah rencah sebenar yang menjadikan filem Allah SWT sebagai TOP ONES dalam ANUGERAH SKRIN…abadan abada…

TETAPI…..walaubagaimanapun..apa yang paling penting adalah kita sentiasa menyedari siapalah kita…sebaik manapun lakonan kita…di tahap manakah kita disisiNYA…oleh kerana kita adalah pelakon yang terbaik yang sentiasa melakonkan watak arahanNYA berdasarkan demo dan tunjuk ajar dari utusannya…adakah kita akan dipilih melakonkan watak kesukaan kita sahaja??ataupun jadi hero??.. atau jadi heroin??..atau extra ja??...TIDAAAAK….

Ibarat menonton TV…remote di tangan kita….dah penat bekerja sambil relaks-relaks klik la TV2…tengok cerita LAKSAMANA DOREMI….habis cerita tu …sambung pulak cerita NATASYA di tv3….rasa bosan lagi klik pulak cerita seram…PUAKA NIYANG RAPIK…malam jumaat pulak bersantai bersama family ikuti rancangan FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM…itupun kalau remote di tangan kita lah….

TAPI….remote kita di tangan Allah SWT…

Kita perlu redha dan akur dengan apa sahaja watak yang diberi..berbekalkan semangat,keazaman,ketabahan dan kesabaran disamping usaha yang gigih dan berterusan serta istiqamah dalam melahirkan watak yang terbilang serta menjadi contoh kepada pelakon lain…

Sebenarnya semakin banyak kita pelajari dari watak-watak pilihan sebelum kita,semakin baiklah lakonan kita,lalu semakin menonjol lah kita dikalangan pelakon lain,maka semakin banyaklah watak yang perlu kita lakonkan kerana disitulah kemampuan kita akan diuji…setakat manakah kebolehan kita dalam menjayakan watak yang diberi….tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mendapatkan keredhaan serta pengiktirafan dari Pengarah sekaligus menaikkan darjat kita menjadi the most popular actor…kerana Pengarah kita Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita…apa sahaja watak yang diberi adalah yang selayaknya untuk kita…

InshaAllah…disitulah letaknya kemanisan serta kepuasan sebagai BINTANG PUJAAN RAMAI…..



WALLAHU A’LAM…….

HASIL NUKILAN

AINIE…..

0 ulasan:

Catat Ulasan