SEKAPUR SIREH

Di jari pena menari….


Salam ukhuwah dari laman nuraimi…

Untuk pengetahuan semua tujuan blog ini diwujudkan adalah sekadar berkongsi sedikit ilmu,pengalaman serta idea kepada sesiapa sahaja yang sudi menjengah blog ini.Mudah-mudahan perkongsian pendapat dan percambahan pemikiran kalian dapat jua dikongsikan disini.

Apa yang diharapkan adalah agar blog ini mampu memberikan manfaat kepada kalian biarpun sedikit.Perlu diingatkan disini,apa jua isi kandungan blog ini jika dilihat menyimpang dari 4 sumber syara’ yang telah disepakati maka wajiblah bagi kalian menghindarinya.Andainya ia bertepatan,jadikanlah ia pedoman.

Janganlah melihat kepada siapa yang berkata,tapi lihatlah pada apa yang diperkatakann ya.Semoga kita sentiasa dilindungi dari segala makhluk yang sesat lagi menyesatkan.Tiada apa yang terbaik melainkan menuruti perintah serta meninggalkan larangan Allah SWT tanpa perlu menambah atau menguranginya sedikitpun.

Wallahu a’lam….




SYAITAN MERAH KESAYANGANKU???

Betapa bangganya aku menyarung jersi baruku
Manchester United dengan logo besar terpampang di dada....
Red Devil...
origynal lagi!
Siap sedia nak ke masjid..dah dekat waktu berbuka ni...
Alang-alang lalu di belakang rumah kawan,
jemputlah dia sekali
...bonceng kat belakang...
waaah dia pun berjersi baru...Carlsberg pulaaak...satu geng la....
so...sama-samala berbuka puasa dan bertarawih di masjid....
Sedap bunyi sebutannya dalam bahasa inggeris......cuba ringkaskan cerita ni,kemudian melayu-kan...

Red Devil bawa Carlsberg berbuka puasa dan bertarawih di Masjid
=
Syaitan Merah bawa Arak berbuka puasa di Masjid...
???????
 Sebagai seorang Muslim,sebarang gambarajah atau logo yang benar-benar merupakan sebuah lambang salib,maka ianya tidak boleh dipakai sama sekali...

Agama Islam melarang penganutnya mengiklankan @ mempamerkan sebarang perkara yang bertentangan dengan ajarannya...

 Apalah gunanya pakai pakaian yang berlogokan Negara orang lain,baik pakai baju lambang kebangsaan Negara kita…ada juga faedahnya..sekurang-kurangnya dapat menyemai semangat patriotik dalam diri.
 Dalilnya mudah ja.....

Al-Quran

ٱلإِثْمِ وَٱلْعُدْوَانِ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى

Ertinya : dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya

( Al-Maidah : 2)

Hadis

ومن دعا إلى ضلالة كان عليه من الإثم

مثل آثام من اتبعه إلى يوم القيامة ، لا ينقص ذلك من آثامهم شيئا

Ertinya : Barangsiapa yang menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya sehinggalaha hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit

( Riwayat Muslim & Ibn Majah )

Menurut Imam Ibn Kathir pula ,Hadis ni merupakan tafsiran daripada ayat Al-Quran di atas yang menjelaskan lagi larangan memberi apa jua bantuan,sokongan dan galakan sama ada yang tersirat mahupun tersurat kepada hal ehwal yang bertentangan dengan aqidah dan hukum Islam...


RED DEVIL, CARLSBERG & CHEVROLET

Sebenarnya....takda masalah bagi kita umat Islam untuk memiliki,memakai atau menggunakan sesuatu yang hanya dirasakan sebagai salib,tetapi ia benar-benar bukan lambang salib...

Contohnya..............

Seseorang individu mungkin menganggap lambang “+” pada kereta Chevrolet sebagai lambang salib,namun berbeza dengan individu yang lain mungkin memandangnya tak lebih dari sekadar jenama pada kenderaan mereka,sekalipun ia beragama kristian....TETAPI,andaikata di dalam hati dan fikiran seseorang itu sentiasa merasakan ianya memang suatu lambang salib,maka eloklah dijauhi......kerana menghindari yang shubhah itu adalah lebih baik........Walaubagaimanapun...dalam konteks hari ini,logo kereta tersebut bukanlah lambang salib..

RED DEVIL pula macam mana ???

Walaupun hakikat sebenarnya kita tak tahu bentuk Syaitan yang sebenarnya, namun apabila manusia telah membuat imaginasi tersendiri berkenaan bentuk Syaitan, menamakannya sebagai Devil dan diterima umum sebagai satu lambang Devil. Maka dengan itu, lambang Red Devil yang berada di logo Manchester United juga termasuk dalam antara logo-logo yang TIDAK BOLEH, diiklankan dan disyiarkan (ditayang dan dibanggai) oleh seorang Muslim sama ada digunakan pada pakainnya mahupun ditampal pada dinding

Justeru, apa-apa logo jika telah diterima umum sebagai satu lambang syaitan, kemungkaran, kejahatan, heavy metal dihiasi amalan dan perbuatan kesyaitanan seperti (Black Metal). Logo itu telah menjadi HARAM untuk digunapakai.

Berbalik kepada Red Devil, jika ia benar-benar membawa imej umum sesuatu yang bersifat kesyaitanan, atau apa-apa aktiviti kesyaitanan dan dosa maka ia sudah termasuk dalam kategori Black Metal dan sememangnya tak terlepas dari hukum HARAM.

H.A.R.A.M

Memakai jersi pasukan Liverpool yang dengan jelas memaparkan logo arak Carlsberg adalah muktamad hukumnya adalah HARAM menurut hukum Islam berdasarkan dalil-dalil dan hujah sebelum ini.


H.A.R.A.M

Pengharaman juga adalah MUKTAMAD bagi mana-mana pakaian dan barangan yang mempromosi iklan bank-bank konvensional yang menawarkan produk Riba. Umat Islam dilarang sama sekali secara sepakat ulama, mempromosikan mana-mana bank konvensional kerana dosanya sama seperti berperang dengan Allah dan RasulNya serta berzina 36 kali.

Ada ulama yang kata...HARUS...

Sekiranya Red Devil tidak berkait dengan imej kesyaitanan dan aktiviti dosa besar seperti Black Metal,ianya masih boleh digunakan kerana ia lebih membawa imej umum kepada hal bola sepak dan sukan.Begitu juga dengan pendirian seseorang individu yang bertegas dengan pendapatnya bahawa ianya bukanlah sebuah lambang syaitan,dan kekal menganggap ianya tidak lebih dari sekadar sebuah lambang kumpulan bola sepak terkenal dunia,maka ia BOLEH digunakan dan DIHARUSKAN baginya untuk memakainya...


Bila pulak jadi ...MAKRUH..???

Walaupun begitu, jika ia boleh menimbulkan fitnah di kalangan orang lan yang melihat, sehingga pemakai dianggap selaku menyokong sesuatu yang diharamkan, hukum HARUS berubah kepada MAKRUH.

So….sebagai Kesimpulannya.........

Oleh yang demikian, dalam hal Red Devil, hukum boleh jadi berbeza-beza kerana kepercayaan, keyakinan si pemakai dan orang yang melihat. Yang terbaik, sudah tentulah menjauhinya akibat rasa syubhah yang wujud.

Yang pasti, individu yang soleh dan mengabdikan diri kepada Allah tidak akan sama sekali memerlukan logo ini di dalam kehidupannya. Jika berminat sekalipun, cukuplah sekadar menyokong pasukan tersebut dalam pertandingannya tanpa perlu melibatkan diri dan menghabiskan duit dengan membeli jersi-jersi dan barang berlogo sebegitu.

Cukuplah berhabis duit membeli tiket mahal-mahal semata-mata nak menonton secara live…tak kurang juga yang berjaga sepanjang malam sambil melepak di kedai mamak…sempat juga order dua tiga gelas the ais dengan nasi goreng kampong…

Hujah dan tulisan ini bukan semata-mata TERHAD kepada kumpulan dan logo yang disebutkan saja, namun meliputi logo-logo dan jersi-jersi mana-mana pasukan dan kumpulan lain di dunia.

.......LAGI DALIL HADIS ..........

Selain dalil Al-Quran di atas, sebahagian dalil lain kepada pengharaman mengguna termasuk memakai sesuatu yang diharamkan untuk Muslim adalah hadis :

نهانا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نشرب في آنية الذهب والفضة وأن نأكل فيها، وعن لبس الحرير والديباج وأن نجلس عليه، وقال: هو لهم (أي للكفار) في الدنيا ولنا في الآخرة


Ertinya : Rasulullah Sallahualahiwassalam telah melarang kami makan dan minum dari bekas yang diperbuat dari emas dan perak, dan memakai (kaum lelaki) pakaian dari sutera dan juga menggunakannya untuk alas duduk, baginda juga berkata : itu semuanya untuk orang kafir di dunia, dan kita hanya dibenarkan di Syurga kelak.
( Riwayat Al-Bukhari)


Berasaskan dari hadis terbabit, lalu para ulama membuat kesimpulan sebuah kaedah iaitu :-

وما حرم استعماله حرم اتخاذه تحفة وزينة

Ertinya : dan apa-apa yang diharamkan penggunaanya, diharamkan juga mengambilnya sebagai baranngan yang disayangi ( barang dianggap berharga = masterpiece) dan perhiasan. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusuf Al-Qaradawi)

Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa,sama ada kita mengagung -agungkan atau tidak bukanlah permasalahannya,namun hakikatnya dengan memakai,menyimpan atau menjadikan ianya perhiasan dan ditontonkan kepada orang ramai secara tidak langsung menjurus kea rah pengagungan...

…KESIMPULAN…


Hukumnya memakai baju kumpulan bola berlambang salib secara jelas dan berlogo apa-apa jenama yang diharamkan oleh Islam seperti Carlsberg itu adalah berdosa dan diharamkan untuk orang Islam memakainya dan dijadikan perhiasan dan masterpiece yang dibanggai.

Manakala hukum memakai pakaian yang berlambang Red Devil adalah di antara Harus dan Makruh sebagaimana yang disebutkan situasi berbezanya di atas. Namun, sekiranya ia benar-benar dianggap sebagai logo dan tanda Devil dan tanda negatif dan kejahatan bagi masyarakat awam di sesuatu tempat, ia boleh berubah menjadi haram.

Manakala menggunakan kereta berlogo Chevrolet adalah harus

0 ulasan:

Catat Ulasan